Rabu, 22 Jun 2016

karangan cara-cara mengatasi vandalisme

             Vandalisme  ialah  perbuatan  merosakkan  harta  benda  awam seperti telefon  awam  dan tong sampah. Untuk mengatasi  gejala ini, beberapa  cara dapat  diambil  oleh pihak berkuasa.

             Cara yang pertama ialah  mengadakan  kempen  antivandalisme  melalui poster dan ceramah.  Selain  pihak berkuasa, sekolah  juga perlu lebih aktif dalam mengadakan ceramah kesedaran dan pertandingan yang berkaitan dengan vandalisme.  Ibu bapa pula perlu mendidik anak-anak supaya menghargai kemudahan awam.

             Selain itu,  kamera litar tertutup harus dipasang di tempat-tempat yang sering berlakunya vandalisme. Cara ini akan sedikit banyak dapat menghindari orang yang melakukan vandalisme daripada berbuat demikian.  Jika mereka berbuat demikian, perbuatan mereka akan dirakam dan mereka dapat dikesan serta dibawa ke muka pengadilan.

             Seterusnya, hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang melakukan vandalisme.  Hukuman denda sahaja tidak mencukupi.  Mungkin orang yang didapati bersalah atas vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara.  Hukuman ini pasti akan menakutkan orang yang kerap melakukan vandalisme.

            Tegasnya, usaha untuk menangani vandalisme tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa sahaja.  Pihak sekolah, ibu bapa, dan orang ramai peru memainkan peranan mereka.

4 ulasan:

  1. Pada Zaman baru format Bahasa Melayu sudah tukar.Boleh tak update yang format baru.karangan ini pun macam isi sahaja .terima kasih

    BalasPadam
  2. Ya saya pun setuju dengan Vithyaa@vani

    BalasPadam
  3. Ya saya pun bersetuju dengan dia

    BalasPadam