Sabtu, 18 Jun 2016

Contoh Karangan Kebaikan Membaca

                 Membaca merupakan suatu amalan yang mulia. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan membaca. Kerajaan menerusi pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca.

                 Membaca dapat meluaskan pengetahuan kita. Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera.

                Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya masalah kegawatan  ekonomi,  pencemaran alam sekitar,  pergolakan politik,  serangan pengganas, sukan, dan sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung.

                Satu lagi kebaikan membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.  Masa tidak  lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas,  maka amalan membaca memang  wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.

               Selain itu,  membaca  juga  dapat  meningkatkan pencapaian bahasa dalam  kalangan  murid-murid.  Dengan membaca pelbagai  bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris,  murid-murid dapat  menguasai  bahasa tersebut dengan baik.  Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai  gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen.  Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan  yang baik.

              Sikap suka membaca wajar  diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk  mencapai  taraf negara maju  menjelang tahun 2020.  Jika tidak,  kita akan jauh  ketinggalan di  belakang dan tidak mampu bersaing  dengan negara-negara lain.

91 ulasan:

  1. Hebat sangat karangan tentang kebaikan amalan membaca itu..Saya sangat menyukainya.Terima kasih kerana telah menunjukkan contoh karangan itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sikap suka membaca tu kena buat ke?

      Padam
    2. Boleh ke kalau nk salin😅😅😅

      Padam
    3. Kesimpulannya mana dalam karangan itu?

      Padam
    4. Misalnya tiada tanda(,)betulkan perenggan ketiga itu

      Padam
    5. Terima kasih hebat panjang sakit tangan nak tulis hehe biat lagi ye good luck!

      Padam
    6. Sorry saya typo sikit buat lagi ye ....good luck🤭

      Padam
  2. Sangat bagus tetapi karangan itu agak pendek dan x sesuai untuk upsr

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendek Dan x sensual apanya, lebih 260+ patah perkataan.

      Padam
    2. Mana ada pendek lh..panjang tu...kita hanya 80- 120 patah perkataan....paling tinggi 125.... Ni dh mcm 300+ patah perkataan...

      Padam
    3. Ni karangan untuk form 4 ni sesuai lah

      Padam
  3. Bagus tetapi buat la bgi panjang sedikit ni pendek sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada pendek, panjang gila....dh mcm 300 patah perkataan...

      Padam
  4. Nice tapi ayatnya tiga sahaja x sesuai untuk karangan upsr

    BalasPadam
  5. Nice tapi x sesuai untuk upsr

    BalasPadam
  6. Nice tapi ayatnya pendek.....

    BalasPadam
  7. Nice gilaaaaaaa!!!!!

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Karangan yang susah untuk saya fikirkan idea itu, terima kasih kerana tunjukkan contoh karangan seperti itu idea dan fikiran yang boleh membuatkan karangan seperti itu sangat luar biasa

      Padam
  9. [I AM A SMART BOY] BY:HENRY CHIN YIH HANK

    BalasPadam
  10. CASH ROYAL [ARENA12] BY:HENRY CHIN

    BalasPadam
  11. Nice Karangan! (CODM is Better than PUBGM and Free fire(FF)

    BalasPadam
  12. Masya Allah awak punya karangan pendek tapi ayat dia bagus

    BalasPadam
  13. Bagi saya karangannya sangat bagus.Cuma terlalu pendek.tidak sesuai dengan UPSR.Tapi apa-apa pun karangannya sangat bagus!nice!!!!!

    BalasPadam
  14. Betulkan karangan anda la
    Macam taik saja tau🤦‍♂️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  15. Hai karangan ini sangat berguna

    BalasPadam
  16. Pendahuluan dia tk best sgtla. Cliché sgt

    BalasPadam
  17. Mcm bebudak Sgt, x sesuai untuk menengah

    BalasPadam
  18. Pendek sgtlah karangan dia😢. Tatabahasa banyak salah. Cek nota balik ye dik. Tapi sesuailah untuk darjah 3 kebawah🤭

    BalasPadam
  19. bagus....tapi kena hurai sikit lagi

    BalasPadam
  20. Hebat...xda kesalahan bahsa..boleh juga saya guna untuk peeriksaan budak..sekolah menenhah ni👍👍

    BalasPadam
  21. Bagus saya sangat suka dengan karangan ni sesuai untuk upsr terima kasih

    BalasPadam
  22. Tq cikgu anak saya dah siap kerja sk dia ..tq🥰

    BalasPadam
  23. saya banyak suka membaca karangan ini😃

    BalasPadam
  24. Karangan ni memang bagus saya tiru isi penting je dalam karangan ni saya ambik isi penting pastu buat karangam sendiri tak susah pun😅

    BalasPadam
  25. Bagus sangat karangan ni saya buat jadi ulang kaji

    BalasPadam
  26. Karangan ni saya jadikan membaca ulang kaji untuk membuat karangan

    BalasPadam
  27. Takda penutup karangan
    😄😄😄😄😄😄😄

    BalasPadam